Tarikh : 09 Mac 2019
Masa : 09.00 pagi - 10.00 pagi
Lokasi : Dataran Sedili Besar
Peserta : 95 orang
Program : Program Jom Sihat (KDB)
Tujuan
Menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan ict khususnya kepada komuniti yang sering menggunakan internet. Selain itu, kesan dan cara-cara penggunaan internet dengan betul dapat memberi peluang yang baik kepada setiap pengguna yabg menggunakannya. Disamping itu, modul klik dengan bijak ini amat berkesan untuk pelajar mengetahui dan perlu mempunyai imu pengetahuan sedikit sebanyak.
Aktiviti
Pelajar ditayangkan video berkaitan penggunaan komputer kepada internet dengan baik dan mereka juga diberikan soalan-soalan kuiz berkaitan penggunaan internet agar mereka dapat menerapkan sedikit sebanyak dalam seharian penggunaan komputer mereka samada di pusat internet ataupun diluar pusat internet.
Tarikh :16 Feb 2019
Masa : 03.00 pm - 05.00 pm
Lokasi : Mini Pi Sedili Besar
Peserta : 5 Orang
Program : E- Pembelajaran
Tujuan
Mengisi masa cuti sekolah mereka dengan perkara yang berfaedah. Selain itu, dengan kelas yang dijalankan juga iaitu kelas E-Pembelajaran mereka dapat membuat poster dengan cara yang mudah melalui laman web yang disediakan atau dengan menggunakan youtube cara melukis poster.
Aktiviti
Pelajar menggunakan laman web dan menggunakan youtube untuk mencari contoh- contoh dan cara-cara melukis poster dengan mudah.
Tarikh : 14 September 2018
Masa : 10.00 am - 12.00 pm
Lokasi : Mini Pusat Internet Sedili Besar
Peserta : 6 Orang
Program : Dashboard -MyKomuniti-
Tujuan
Menarik minat dan penggunaan dalam My Komuniti kepada pelajar dan pelajar juga dapat mempelajari perkara baru dalam penggunaan dashboard Pusat Internet.
Aktiviti
Pelajar diajar untuk penggunaan dashboard. Sebelum penggunaan dashboard pelajar perlulah berdaftar dengan pusat internet dengan menggunakan no kad pengenalan mereka. Seterusnya, mereka boleh log masuk dengan menggunakan dashboard. Mereka diajar untuk membuka mykomuniti untuk mereka membuat hebahan.
Tarikh : 26 Oktober 2018
Masa : 03.00 pm - 05.00 pm
Lokasi : Mini Sedili Besar
Peserta : 13 Orang
Program : Kdb ( Teka Silang Kata )
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk menarik minat pelajar dan sekali gus dapat mengisi masa lapang pelajar ketika cuti sekolah. Dengan menggunakan modul Google untuk aktiviti teka silang kata, pelajar juga dapat mengasah minda mereka untuk berfikir mencari setiap jawapan.
Aktiviti
Pelajar diberi taklimat tentang klik dengan bijak. Selepas taklimat pelajar diberi tugasan untuk menyelesaikan teka silang kata sumber dari Google. Pelajar perlu menjawab dan penuhi semua kotak-kotak tersebut berdasarkan petunjuk yang diberikan.
Tarikh : 10 Julai 2018
Masa : 10.00 am -12.00 pm
Lokasi : Mini Pusat Internet Sedili Besar
Peserta : 1 orang
Program : KDB
Tujuan
Mempelajari penggunaan komputer.
Aktiviti
Pelajar diajar untuk menggunakan komputer dengan baik dan menggunakan google untuk cari maklumat.