KLINIK KESIHATAN SEDILI BESAR
Klinik ini dibina spada zaman pemerintahan British,iaitu sekitar tahun 1940an lagi. Dahulu klinik ini dinamakan Gudang Ubat Sedili Besar,kakitangan terdiri dari seorang Bidan terlatih,seorang Pembantu Perubatan dan seorang Attendan. Aktiviti yang dijalankan pada masa itu ialah Klinik pesakit Luar,ibu mengandung ,kanak-kanak dan kecemasan.
Oleh kerana pengangkutan darat tiada pada masa itu,segala urusan penghantaran pesakit kecemasan,bersalin dan pengambilan ubat-ubatan adalah melalui jalan air dengan menaiki bot nelayan dan mendarat di jeti Mawai lama iaitu 25KM dari klinik mengambil masa 3jam perjalanan. Tetapi pada tahun 1980an jalan darat dari Tanjung Sedili ke Kota Tinggi dapat digunakan iaitu sepanjang 40km. Maka segala urusan klinik dapat diteruskan dengan menggunakan bot Penambang yang disediakan yang mengambil masa selama 10 minit dari jeti Kuala Sedili Besar ke jeti Tanjung Sedili.
Semenjak tahun 2000,nama Gudang Ubat telah ditukarkan kepada Klinik Kesihatan Sedili Besar. Semenjak itu ia mengalami proses pembaik pulihan,iaitu bangunan yang dahulunya separuh batu dan separuh paapn telah dinaik taraf ke bangunan batu keseluruhannya. Selain mempunyai ciri-ciri sebuah klinik kesihatan,ia turut mengekalkan tapak bangunan yang asal dan uniknya,kuarters Bidan dan Pem.Perubatan masih bercantum bersebelahan dengan klinik sehingga kini.