PRODUK TEMPATAN
Sedili Besar merupakan sebuah perkampungan yang terkenal dengan hasil laut. Sehubungan dengan itu, produk tempatan yang popular juga merupakan produk dari hasil laut. Selain itu, sektor perladangan dan penternakan juga tidak terkecuali di Sedili Besar. Ladang kelapa sawit yang diusahakan oleh Felcra juga menjadi sumber pendapatan warga setempat. Terdapat juga warga yang menternak kambing, lembu, ayam, itik dan angsa.
Antara produk tempatan adalah seperti berikut:
a) Keropok lekor dan Keropok keping. Makanan ini tidak asing bagi masyarakat Malaysia kerana ianya mudah didapati dan menjadi hidangan kegemaran untuk menu makan petang.
b) Ikan Segar dari Jeti Nelayan. Ikan segar merupakan satu trademark bagi penduduk Sedili Besar kerana hasil tangkapan laut yang masih segar boleh didapati terus di jeti para nelayan.
c) Ikan Masin. Hasil laut ini dijadikan satu produk yang turut menjadi rebutan pelanggan. Ikan masin yang dihasilkan dari ikan segar juga mendapat permintaan yang tinggi dari pelanggan. Produk ini boleh didapati daripada usahawan atau boleh terus didapati dari jeti para nelayan.
d) Makanan Celup Tepung. Makanan ini sangat hangat diperkatakan dari pelbagai pelusuk. Hasil laut yang segar digoreng dengan bersalut tepung menjadi kegilaan masyarakat tempatan dan luar juga. Perniagaan celup tepung tumbuh dengan pesat di Sedili Besar dan pasti dipenuhi dengan pelanggan yang meminati makanan laut.