Johor Darul Ta'zim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadanan dengan negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Negeri Johor juga dikelilingi oleh kawasan perairan seperti Laut China Selatan di timur, Selat Tebrau di selatan serta Selat Melaka di bahagian barat. Bagi persempadanan antarabangsa pula, negeri Johor berkongsi sempadan maritim bersama Provinsi Kepulauan Riau dibahagian laut sebelah timur, disebelah barat pula bersempadan maritim dengan Provinsi Riau, Indonesia. Manakala bahagian selatan pula dipisahkan dengan Selat Johor.
Dengan keluasan kira-kira 19,210 kilometer persegi (7,420 bt2), Johor merupakan negeri kelima terbesar dalam Malaysia. Selain itu, negeri ini juga mempunyai jumlah penduduk ke-2 terbesar selepas negeri Selangor dan negeri ke-7 terpadat di dalam negara. Ibu negeri Johor ialah Johor Bahru iaitu sebuah bandar raya di selatan negeri ini. Bandar raya tersebut merupakan bandar kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur. Di samping itu, bandar-bandar utamanya ialah Batu Pahat, Muar dan Kluang. Nama rasminya iaitu "Darul Ta'zim" berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud tempat perlindungan yang bermaruah.
Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di negeri Johor. Bandar Kota Tinggi terletak di laluan Sungai Johor. Jarak Kota Tinggi lebih kurang 42 km dari bandaraya Johor Bahru. Dengan keluasan daerah Kota Tinggi kira-kira 3488.7 kilometer persegi, aktiviti ekonomi utama bagi daerah ini ialah perladangan seperti kelapa sawit, getah dan pertanian lain di samping terdapat kegiatan lain