SEJARAH SEDILI BESAR
Pemberian nama sedeli itu bermula apabila Deli jatuh sakit dan penduduk bertanya sesama mereka yang berbunyi 'Tak tengok si Deli ke?' dan akhirnya perkataan ini dikenali dengan Sedili.
Begitupun, terdapat juga pendapat nama Sedili itu diambil daripada dua beradik yang berasal dari Pahang yang berpindah ke kawasan berkenaan iaitu Ali Besar dan Ali Kechil yang kemudiannya membawa kepada nama tempat Sedili Besar dan Sedili Kecil. Kebanyakan penduduk di kawasan itu mencari rezeki sebagai nelayan dan kewujudan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Tanjung Sedili telah menjadi pemangkin kepada industri perikanan di situ.
Selain itu, ia turut terkenal sebagai pusat peranginan dengan pelbagai pantai misalnya pantai Teluk Mahkota, pantai Temalah di sedili besar dan pantai Sedili Kecil yang terdapat di kawasan berkenaan.