SEJARAH SEDILI BESAR
Pemberian nama sedeli itu bermula apabila Deli jatuh sakit dan penduduk bertanya sesama mereka yang berbunyi 'Tak tengok si Deli ke?' dan akhirnya perkataan ini dikenali dengan Sedili.
Begitupun, terdapat juga pendapat nama Sedili itu diambil daripada dua beradik yang berasal dari Pahang yang berpindah ke kawasan berkenaan iaitu Ali Besar dan Ali Kechil yang kemudiannya membawa kepada nama tempat Sedili Besar dan Sedili Kecil. Kebanyakan penduduk di kawasan itu mencari rezeki sebagai nelayan dan kewujudan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Tanjung Sedili telah menjadi pemangkin kepada industri perikanan di situ.
Selain itu, ia turut terkenal sebagai pusat peranginan dengan pelbagai pantai misalnya pantai Teluk Mahkota, pantai Temalah di sedili besar dan pantai Sedili Kecil yang terdapat di kawasan berkenaan.
Majoriti penduduk di Tanjung Sedili adalah kaum Melayu dengan keunikan budaya hasil gabungan budaya orang Melayu Johor dan Melayu Terengganu yang berhijrah sebagai nelayan ketika zaman sebelum merdeka.
Menarik di kampung sedili besar:
Lokasi Sedili Besar
Gerbang Jeti Sedili Besar
Jeti Sedili Besar
Dataran Berdepan Sekolah Kebangsaan Sedili Besar