PELANCONGAN
Sedili Besar juga terkenal dengan tempat pelancongan. Tempat pelancongan ini menjadi daya tarikan orang luar seperti pelancong dari Singapura. Di samping itu, tempat tersebut juga merupakan tempat yang santai dan nyaman bagi mereka yang datang mengunjungi tempat tersebut kerana berdekatan dengan pantai dan laut. Terdapat resort yang bercirikan seperti itu dan menjadi rebutan ketika waktu cuti sekolah iaitu Sea Horizon Resort yang dulunya dikenali sebagai Tanjung Sutera Resort. Resort ini bukan sahaja menawarkan perkhidmatan penginapan dengan pemandangan yang cantik, tetapi turut menawarkan pelabagai aktiviti menarik yang boleh diadakan semasa berada di sana. Bagi sesiapa yang meminati aktiviti lasak, pihak resort menawarkan ATV, Kayak, Rope Course dan Cycling. Bagi yang suka bersantai, pelancong boleh berjalan di persisiran pantai (eco trail), memerhati burung (bird wacthing), melihat bintang-bintang (stargazzing), bbq dan bermandi manda di kolam renang. Terdapat banyak aktiviti lain yang boleh dijalankan di padang yang luas.
Selain itu, terdapat juga resort yang baru sahaja dibuka berhampiran dengan Pantai Temalah. Pantai temalah merupakan satu pantai yang bersih, cantik dan segar. Kedudukan yang agak sukar untuk dicapai oleh pengunjung tetapi akan menghilangkan tekanan dengan berada di pantai tersebut. Keindahan pemandangan dan hembusan bayu yang menenangkan dapat membuatkan pelancong terpukau. Matahari terbit turut memukau sesiapa sahaja yang datang ke Sedili Besar. Temalah Cove merupakan satu resort yang besar, mempunyai beberapa buah rumah mini berasingan. Walaupun berhampiran dengan pantai temalah, resort turut menyediakan kolam untuk kegunakan pelancong. Gaya dekorasi dan pembinaan dengan gabungan klasik dan moden amat memukau pandangan pelancong.
Bayu Jemala Inn turut menerima tempahan walaupun masih berada dalam penambahan bilik-bilik. Keunikan bukan sahaja pemandangan pantai temalah tetapi juga menyediakan laluan yang mudah ke pantai tersebut.
Bagi yang mencari tempat sesuai untuk aktiviti bekeluarga, anda boleh ke Jelita Duyung Resort yang menawarkan penginapan dalam kawasan ladang kelapa sawit. Anda boleh juga melihat burung-burung, ayam hutan, kumbang dan bunyi unggas yang tidak dapat didengari di bandar-bandar. Keunikannya adalah dengan menarik minat orang ramai dengan keluasan kawasan dan pepohon bunga yang menghiasi kawasan resort.
Khayla Kottage antara tempat baru pelancongan di Sedili Besar. Khayla Kottage sesuai untuk dijadikan homestay untuk mereka yang ingin bermalam dengan pemandangan laut. Suasana yang sangat tenang dan boleh mengadakan pelbagai aktiviti disitu. Selain itu, harga yang berpatutan. Anda juga boleh mandi pantai di tempat tersebut dengan airnya yang jernih dan pantainya yang bersih.