Tarikh : 02.08.2019
Masa : 10.00 am -12.00 pm
Lokasi : Mini PI Sedili Besar
Peserta : 7 orang
Program : Kelas Latihan Menaip
Tujuan
Memberikan pengetahuan kepada pelajar berkaitan cara-cara untuk menaip di dalam Microsoft Word dan dapat menarik minat pelajar untuk menggunakan komputer.
Aktiviti
Menguji pelajar dengan memberikan contoh karangan dan meminta pelajar untuk menaip karangan tersebut di dalam Microsoft Word.
Tarikh : 06.07.2019
Masa : 10.00 am -12.00 pm
Lokasi : Mini PI Sedili Besar
Peserta : 5 orang
Program : Kelas Latihan Menggunakan Paint
Tujuan
Memperkenalkan kepada peserta aplikasi Paint yang boleh digunakan untuk melukis dan mewarnakan gambar. Selain itu juga dapat meningkatkan penggunaan komputer dalam kalangan peserta dan dapat menarik minat peserta untuk menggunakan komputer.
Aktiviti
Pelajar dikehendaki untuk melukis gambar/corak serta perlu mewarnakan gambar/corak tersebut.
Tarikh : 24.05.2019
Masa : 9.00 am - 11.00 am
Lokasi : Mini PI Sedili Besar
Peserta : 13 orang
Program : MyKomuniti
Tujuan
Memperkenalkan dashboard dan memperoleh pengetahuan berkenaan dashboard. Selain itu, dapat mengisi masa lapang mereka untuk pengetahuan melalui komputer.
Aktiviti
Pelajar diberi tajuk untuk membuat artikel di mykomuniti. Mereka menaip berdasarkan tajuk yang diberi iaitu artikel berkaitan sambutan puasa dan raya.
Tarikh : 09.06.2019
Masa : 10.00 am -1.00 pm
Lokasi : Mini PI Sedili Besar
Peserta : 7 orang
Program : Pengenalan Kepada Internet
Tujuan
Meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan komputer. Selain itu juga dapat meningkatkan penggunaan komputer dalam pembelajaran peserta dan dapat menarik minat peserta untuk menggunakan komputer.
Aktiviti
Pelajar dikehendaki untuk menggunakan Google dan mencari bahan-bahan yang bermanfaat.
Tarikh : 19 April 2019
Masa : 03.00 petang - 05.00 petang
Lokasi : Mini PI sedili Besar
Peserta : 6 Pelajar
Program : Kelas E pembelajaran (Youtube)
Tujuan
Mengisi masa lapang pelajar dengan ilmu pengetahuan dan perkara-perkara berfaedah semasa cuti sekolah. Disamping itu, dapat memanfaatkan pengetahuan yang diberi kepada setiap pelajar untuk bekalan mereka contohnya membuat ulangkaji. Pelajar boleh menggunakan youtube cara menjawab soalan ataupun teknik-teknik untuk mengingat dalam setiap soalan yang dijawab.
Aktiviti
Pelajar menggunakan youtube untuk membuat carian setiap subjek. Sebagai contoh subjek matematik, pelajar perlu membuat carian berkenaan cara menghafal sifir. Pelajar juga perlu menghafal setiap sifir dengan menggunakan kaedah yang tertera di youtube tersebut.