Nama : Zuraini Binti Aziz
Umur : 46 Tahun
Ahli : 2019
Latar Belakang
Puan Zuraini merupakan suri rumah tangga. Puan Zuraini juga mempunyai cita-cita menjadi usahawan yang berjaya. Puan Zuraini bermula dengan dropship secara kecil-kecilan dan lebih daripada 20 produk yang dijualkan. Puan Zuraini juga menyertai agen daripada produk- produk yang dijualnya.
Sebelum Penggunaan ICT
Puan Zuriani kurang pengetahuan tentang mempromosikan produk . Sebenarnya, banyak lagi yang perlu dipelajari untuk mempromosi produk di media sosial dan aplikasi pusat internet juga.
Selepas Penggunaan ICT
Puan Zuriani mengetahui bahawa melalui applikasi dashboard iaitu MYSHOP juga boleh memproosi produk-produk yang dijualnya. Seterusnya, dapat pengetahuan cara memasukkan gambar dan susunan ayat untuk mempromosi.
Nama : Salmah Hashim
Umur : 58 tahun
Ahli : 2018
Latar Belakang
Puan Salmah seorang suri rumah dan menjalankan perniagaan minyak petrol di rumahnya secara kecil-kecilan.
Sebelum Penggunaan ICT
Puan Salmah kurang pengetahuan berkaitan promosi penggunaan media sosial dan cara-cara promosi diluar contohnya
melalui pamplet.
Selepas Penggunaan ICT
Puan Salmah banyak belajar melalui internet dan kelas yang disediakan Pusat Internet untuk diterapkan dalam perniagaannya.
Nama: Zawiah Binti Abdul
Umur :33Tahun
Ahli : 2017
Latar belakang
Puan Zawiah adalah suri rumah tangga dan ibu kepada dua orang anak. Puan Za juga menjalankan perniagaan secara kecil kecilan dirumah iaitu perniagaan tempahan jahitan. Puan Za juga bermula dengan jahitan ini sebagai hobi dan kini menjadi perniagaan kecil-kecilannya dari rumah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pi
Sebelum ini, pendapatan Puan Za kurang daripada RM100. Selain itu, Puan Za kurang menggunakan media social sebagai tempat promosi jahitannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIi
Puan Za seorang yang rajin. Dia menggunakan kemudahan Mini Pi Sedili Besar untuk mengumpul bahan untuk perniagaannya seperti kelas online, mencari bahan daripada youtube dan google. Selain itu, dia menggunakan juga facebook dan instagram untuk mempromosi perniagaannya hasil daripada tunjuk ajar petugas pusat internet. Kini, semakin ramai orang membuat tempahan jahitan dengannya dan pendapatannya juga meningkat .
Nama : Razifah Binti Razli
Umur : 24 tahun
Ahli : 2018
Latar Belakang
Razifah sebelum ini pernah bekerja makan gaji dan sekarang dan sekarang membuat bisnes kecil-kecilan melalui.
Sebelum Penggunaan ICT
Sebelum ini, pendapatan Razifah kurang daripada RM100 dengan menjalankan perniagaannya ini. Razifah juga kurang mempromosikan produknya dalam media sosial.
Selepas Penggunaan ICT
Puan Razifah menggunakan facebook dan instagram untuk mempromosikan produknya sekarang atas idea yang diberikan petugas pusat internet. Kini, semakin banyak tempahan sehinggakan tidak menang tangan.
Puan Rogayah dan Puan Saadiah yang menjalankan perniagaan kuih muih seperti sagun, kacang pedas dan popia.
Mereka menjalankan perniagaan bersama-sama secara kecil-kecilan di Kampung Sedili. Mereka juga telah menjalankan
perniagaan ini selama 10 tahun. Facebook juga menjadi medan utama untuk mempromosi barang. Mereka juga menghadiri
kelas keusahawanan di Mini Pusat Internet Sedili Besar.
Sub-kategori
Halaman 1 dari 2