AKTIVITI 1

Tarikh: 3 Disember 2022 

Masa: 4.45 Petang - 5.45 Petang 

Lokasi: Mini Pusat Ekonomi Digital Sedili Besar

Peserta: 5 Orang 

Program: Latihan Menaip 

Tujuan: 

1. Menarik minat ahli PEDi dan Pelawat dari kalangan kanak-kanak untuk datang ke PEDi.

2. Mempraktikkan pembelajaran asas microsoft word yang telah dipelajari dalam kelas yang lepas.

3. Membantu peserta lebih mahir menaip.

Aktiviti:

1. Peserta diminta membuka Microsoft Word.

2. Peserta diminta menaip perkataan yang disebut oleh pelatih.

3. Latihan menaip dilakukan secara serentak dan perlahan-lahan megikut keupayaan peserta menaip. 

 

AKTIVITI 2

Tarikh: 7 Disember 2022 

Masa: 4.45 Petang - 5.45 Petang 

Lokasi: Mini Pusat Ekonomi Digital Sedili Besar

Peserta: 5 Orang 

Program: Latihan Menaip Karangan

Tujuan: 

1. Menarik minat ahli PEDi dan Pelawat dari kalangan kanak-kanak untuk datang ke PEDi.

2. Mempraktikkan pembelajaran asas microsoft word yang telah dipelajari dalam kelas yang lepas.

3. Membantu peserta lebih mahir menaip.

Aktiviti:

1. Peserta diminta membuka Microsoft Word.

2. Peserta diminta menaip karangan ringkas bertajuk cuti sekolah dan pendek yang disebut oleh pelatih.

3. Latihan menaip dilakukan secara serentak dan perlahan-lahan megikut keupayaan peserta menaip. 

 

AKTIVITI 3

Tarikh: 7 Disember 2022 

Masa: 4.45 Petang - 5.45 Petang 

Lokasi: Mini Pusat Ekonomi Digital Sedili Besar

Peserta: 9 Orang 

Program: Mewarna dalam Tablet

Tujuan: 

1. Menarik minat ahli PEDi dan Pelawat dari kalangan kanak-kanak untuk datang ke PEDi.

2. Mendedahkan aktiviti menarik yang boleh dilakukan dengan gadget selain bermain permainan video.

Aktiviti:

1. Peserta diberikan tablet yang telah dimuat turun aplikasi mewarna.

2. Gambar yang henadak diwarnakan adalah sama bagi semua peserta.

3. Peserta diberikan masa untuk mewarna dalam tablet yang disediakan. 

 

AKTIVITI 4

Tarikh: 19 Disember 2022 

Masa: 4.45 Petang - 5.45 Petang 

Lokasi: Mini Pusat Ekonomi Digital Sedili Besar

Peserta: 8 Orang 

Program: e-Pembelajaran (Math Playground)

Tujuan: 

1. Menarik minat ahli PEDi dan Pelawat dari kalangan kanak-kanak untuk datang ke PEDi.

2. Menarik minat pelajar menggunakan komputer dan permainan atas talian sebagai medium pembelajaran.

Meningkatkan kemahiran dalam menggunakan komputer disamping menambah ilmu dalam bidang matematik.

Aktiviti:

1. Peserta diminta melayari laman google dan membuka laman permainan pembelajaran iaitu Math Playground.

2. Peserta diminta memilih satu permainan yang sama iaitu Jet Ski Addition. 

 

Gambar Di Sini.