AKTIVITI 1:

Tarikh: 31 Oktober 2022

Masa: 4.00 - 4.45 petang

Lokasi: Mini PEDi Sedili Besar

Peserta: 8 Orang

Program: Pengenalan Kepada Perkakasan Komputer

Tujuan: 1. menarik minat ahli PEDi dan pelawat dari kalangan kanak-kanak untuk datang ke PEDi.

             2. Mengajar Perkakasan Komputer sebagai asas mengenali komputer

Aktiviti: 1. Peserta diberi penerangan dan gambaran melalui pembentangan yang menunjukkan setiap perkakasan komputer.

             2. Peserta turut dibekalkan dengan gambar komputer edisi lama yang mana dapat dibezakan dengan komputer edisi terkini. Perkara ini membantu peserta lebih memahami setiap perbezaan perkakasan kerana mendapati ianya perubahan yang menarik dan lebih baik.

 

AKTIVITI 2:

Tarikh: 31 Oktober 2022

Masa: 5.00 - 6.00 petang

Lokasi: Mini PEDi Sedili Besar

Peserta: 8 Orang

Program: Pembelajaran Melalui Youtube (Origami 2.0)

Tujuan: 1. Menarik minat ahli PEDi dan pelawat dari kalangan kanak-kanak untuk datang ke PEDi.

             2. Mendidik peserta menggunakan Youtube untuk mendapatkan ilmu yang berfaedah dan menarik.

Aktiviti: 1. Peserta diberikan 3 helai kertas khas origami dan diajar cara mencari video-video tutorial origami yang mudah untuk diikuti.

              2. Peserta juga diajar cara untuk memberhentikan video serta melambatkan kelajuan video supaya mudah mengikuti setiap langkah semasa membuat origami tersebut.

 

Gambar di sini.