Tujuan


Mengeratkan hubungan antara petugas dan juga komuniti setempat. Memperkenalkan kemudahan yang disediakan oleh Mini Pusat Internet Sedili Besar dan juga perkhidmatan yang boleh digunakan.

Aktiviti

Program ini bermula pada jam 7.30 pagi hingga 1.00 petang. Program ini bermula dengan pendaftaran pengunjung dan juga aktiviti aerobik. Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti sukaneka, kuiz spontan bersama pengunjung ,pameran dari setiap agensi yang hadir, ceramah kesihatan dan juga pemeriksaan kesihatan percuma. Selain itu juga terdapat pelbagai pertandingan yang dijalankan seperti menaip pantas online, origami kreatif, pertandingan mewarna, kuiz klik dengan bijak, gubahan tuala, myshop dan juga tagging myplace. 

Gambar disini